Polisi privasi hermes
Last updated
Monday, February 24, 2025POLISI PRIVASI HERMÈS
Kami memandang serius terhadap privasi anda dan kami bertekad untuk melindunginya. Kami percaya bahawa anda sepatutnya dengan mudah tahu apa data peribadi yang kami kumpulkan dan gunakan, dan juga memahami hak-hak anda berkenaan dengan data peribadi anda.
Polisi Privasi ini (“Polisi Privasi”) menerangkan dasar-dasar dan amalan-amalan kami mengenai cara kami mengumpul, mengguna, dan menzahir data peribadi yang kami mengumpul dari Platform Digital kami (seperti yang ditakrifkan dibawah), kedai-kedai kami atau semasa penganjuran apa-apa acara oleh kami.
Kami mencadangkan supaya anda membaca Polisi Privasi ini dengan teliti kerana ia mengandungi maklumat yang penting berkenaan dengan data peribadi anda.
Polisi Privasi kami distruktur dengan cara tertentu supaya anda boleh membaca bahagian yang anda minati.
Anda boleh mencetak teks lengkap Polisi Privasi kami dengan menekan sini. Anda boleh meminta salinan Polisi Privasi kami di mana-mana kedai kami.
Sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen mengenai Polisi Privasi kami (lihat bahagian “Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?” di bawah).
“Hermès” dan "kami" merujuk kepada Hermès International, Hermès Sellier dan Hermès E-Mesa Pte Ltd sebagai pengawal data peribadi anda, kecuali yang dinyatakan sebaliknya di Polisi Privasi ini.
- Hermès International SCA merupakan sebuah syarikat Perancis perkongsian terhad dengan syer (French limited partnership with shares) (“Société en commandite par actions”) dengan modal 53,840,400.12 euros, dan mempunyai pejabat berdaftar di 24, rue du Faubourg Saint-Honoré, 75008 Paris, France, dan didaftarkan dengan Paris Trade and Companies Registry, di bawah nombor 572 076 396 RCS Paris.
- Hermès Sellier adalah sebuah syarikat saham terhad Perancis (“Société par actions simplifiée”) dengan modal berjumlah 4,976,000 euro, berdaftar di pejabat berdaftar di 24, rue du Faubourg Saint-Honoré, 75008 Paris, Perancis, dan didaftarkan di Pendaftar Syarikat dan Perdagangan Paris dengan nombor 696 520 410.
- Hermès E-Mesa Pte Ltd adalah sebuah syarikat terhad swasta diperbadankan di bawah undang-undang Singapura, dan mempunyai pejabat berdaftar di 1 Marina Boulevard #28-00, Singapura (018989) di bawah nombor pendaftaran 201910505C.
Hermès International SCA dan anak syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung adalah sebahagian daripada Kumpulan Hermès (“Kumpulan Hermès”). Hermès International, Hermès Sellier dan Hermès E-Mesa Pte Ltd merupakan syarikat-syarikat kumpulan Hermès. Hermès International adalah syarikat induk Kumpulan Hermès. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan Kumpulan Hermès, sila melayari http://finance.hermes.com.
Anda boleh mencari maklumat perhubungan kami di bahagian “Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?” di bawah.
Data peribadi ialah maklumat yang berhubungan dengan seseorang yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti, sama ada benar atau tidak, dari maklumat tersebut atau maklumat lain yang dipunyai oleh organisasi tersebut atau maklumat yang boleh diakses oleh organisasi tersebut. Contohnya, ia mungkin termasuk nama, alamat dan jantina seseorang individu.
Kami mungkin mengumpul data peribadi daripada anda sama ada secara langsung (contohnya apabila anda membeli produk di kedai) atau secara tidak langsung (contohnya dari peranti elektronik anda yang berinteraksi dengan laman web kami, borang elektronik atau aplikasi mudah alih ("Platform Digital")).
3.1. Maklumat yang anda memberi kepada kami
Anda mungkin memberi maklumat kepada kami:
- Apabila anda membuka akaun dalam talian (online) atau di kedai kami;
- Apabila anda melanggan (subscribe) surat berita kami;
- Apabila anda menggunakan Platform Digital kami;
- Apabila anda membeli produk atau perkhidmatan di Platform Digital kami atau di kedai kami;
- Apabila anda mengunjungi kedai kami;
- Apabila anda menyertai acara-acara kami;
- Apabila anda menghubungi perkhidmatan pelanggan kami.
Bergantung kepada maklumat yang diberikan kepada kami, maklumat tersebut mungkin termasuk:
- Pengenalan anda (termasuk nama anda, nama keluarga, jantina, imej), kewarganegaraan;
- Maklumat perhubungan anda (termasuk alamat pos anda, alamat e-mel, nombor telefon);
- Darjat peribadi anda (termasuk gelaran anda);
- Maklumat berkenaan dengan pembelian dan pembaikian (termasuk sejarah pembelian, butiran pesanan);
- Keutamaan anda (termasuk saiz anda);
- Maklumat bayaran tertentu (termasuk maklumat bil, jenis atau kaedah pembayaran, nombor kad caj atau kredit);
- Maklumat lain yang anda mungkin memberi apabila mengisi borang atau menghubungi kami (termasuk maklum balas anda atau perhubungan-perhubungan lain dengan kami yang mungkin termasuk data kesihatan berkenaan dengan kemungkinan reaksi yang tidak diingini terhadap produk-produk kosmetik kami).
Kami akan memaklumkan anda sekiranya maklumat anda diperlukan untuk memproses permintaan anda, membalas pertanyaan-pertanyaan anda atau menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda. Jika anda tidak memberi maklumat ini, maka ia mungkin menangguh atau menghalang kami daripada memproses permohonan anda, membalas pertanyaan anda atau menyedia produk atau perkhidmatan kepada anda.
Kami akan cuba memastikan bahawa data peribadi yang kami proses adalah tepat pada setiap masa dan dengan itu kami menggalakkan anda mengemaskinikan maklumat anda sekiranya berlaku sebarang perubahan. Kami juga mungkin meminta anda mengemas kini maklumat anda dari semasa ke semasa.
Kami mengesyorkan bahawa anda memberikan hanya data yang diminta atau yang diperlu untuk pertanyaan anda, dengan pengecualian apa-apa maklumat sensitif yang berkaitan dengan pendapat politik, kepercayaan agama atau falsafah, data mengenai kesihatan atau keadaan fizikal dan mental, kehidupan seks atau orientasi seksual, dan pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan.
3.2. Maklumat yang dikumpul secara tidak langsung
Kami mungkin mengumpul maklumat apabila anda menggunakan Platform Digital kami, seperti alamat IP anda atau maklumat penyemakan imbas yang lain (termasuk penyemak imbas, sistem operasi, model peranti), melalui kuki (cookie) atau teknologi yang serupa yang diletakkan pada peranti anda. Sesetengah kuki diperlukan untuk memastikan Platform Digital kami berfungsi dengan baik manakala yang lainnya digunakan untuk tujuan analisis yang membantu kami menyediakan perkhidmatan yang lebih peribadi dan khusus dan pengalaman digital yang lebih baik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kuki dan untuk mengetahui bagaimana anda boleh menukar pilihan anda, sila baca Polisi Kuki kami yang boleh didapati di laman web Hermès.com.
Kami juga boleh mengumpul maklumat mengenai anda daripada pihak ketiga, seperti pasangan anda yang menghubungi kami bagi pihak anda atau rakan anda yang memberi kami maklumat anda supaya kami boleh menjemput anda ke acara yang mungkin menarik minat anda.
Sekiranya anda memberikan data peribadi berkenaan orang lain kepada kami, anda mesti memastikan bahawa anda berhak untuk mendedahkan maklumat tersebut kepada kami dan kami boleh mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat tersebut untuk tujuan yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami, tanpa kami mengambil langkah selanjutnya yang diperlukan oleh undang-undang perlindungan data peribadi. Sebagai contoh, anda harus memastikan individu berkenaan mengetahui pekara-perkara yang terperinci di dalam Polisi Privasi kami. Individu tersebut juga harus memberikan persetujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini berkenaan dengan cara-cara kita akan mengendali maklumat peribadi mereka.
3.3. Umur minima
Kami ingin mengingatkan anda bahawa kami tidak mengumpul, secara langsung atau tidak langsung dari individu yang berumur bawah 16 tahun, tanpa prejudis terhadap umur minima yang berlainan yang ditetapkan dibawah undang-undang tempatan. Oleh itu, kami meminta bahawa anda tidak memberikan kepada kami data peribadi berkenaan individu yang tidak memenuhi syarat ini.
Kami mengumpul dan mengguna data peribadi anda berdasarkan salah satu atau lebih daripada satu asas undang-undang (legal basis) yang berikut:
- kami telah mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu (contohnya, apabila anda melanggan surat berita kami). Sila ambil perhatian bahawa menurut asas undang-undang khusus ini, anda mempunyai hak untuk menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa (lihat di bawah "Apakah hak yang ada mempunyai terhadap data peribadi anda?");
- pemprosesan adalah diperlukan berkenaan dengan mana-mana perjanjian antara Hermès dan anda (contohnya, apabila anda membuat pembelian);
- jika berkenaan, kami mempunyai kepentingan sah bagi menjalankan pemprosesan dan kepentingan hak kami tidak diganti oleh kepentingan, hak asasi atau kebebasan anda (contohnya, bagi mengelak pembayaran penipuan);
- kami perlu memproses data peribadi anda untuk tujuan pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan.
Bergantung kepada konteks, kami mungkin mengguna data peribadi anda untuk:
- menyediakan produk atau perkhidmatan yang dipesan oleh anda kepada anda, termasuk memudahkan penghantaran produk atau perkhidmatan tersebut;
- melakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti dan mengesahkan identiti anda;
- memproses, mengesahkan dan menyelesaikan pesanan dan bayaran anda;
- menghantar Promosi Komunikasi kepada anda berkenaan dengan tawaran, perkhidmatan, produk atau acara – dengan persetujuan anda terlebih dahulu (sila lihat bahagian “Promosi Komunikasi”);
- menyediakan perkhidmatan selepas jualan (after sale services) kepada anda and menguruskan pembayaran balik;
- memproses dan membalas pertanyaan cadangan dan permintaan anda, termasuk pelaksanaan hak-hak anda sebagai subjek data;
- menguruskan aduan dan litigasi;
- mengurus acara-acara yang anda daftar dan / atau sertai;
- mengesan, mencegah dan menentang sebarang aktiviti penipuan (fraudulent) atau aktiviti yang menyalahi undang-undang, termasuk menjamin transaksi anda dari penipuan pembayaran (payment fraud), untuk bertindak terhadap pelancungan (counterfeiting) dan terhadap penjualan semula produk kami yang melanggar terma dan syarat penjualan kami dan diluar rangkaian pengedaran kami;
- melindungi anda, kakitangan dan individu lain di kedai kami serta harta kami;
- mengurus stok produk-produk kami yang luar biasa bagi memastikan peruntukan produk yang adil;
- memantau dan menambah baikkan Digital Platform kami;
- menjalankan pembangunan IT dan perkhidmatan pengurusan kualiti data (seperti standardasi (standardisation) dan diduplikasi (deduplication) data);
- menjalankan analisis statistik, terutamanya bagi mengadaptasikan tawaran produk kami (termasuk penggunaan kewarganegaraan anda selepas dianonimkan);
- mengadakan kajian pemasaran dan perniagaan dan kempen pemasaran;
- menambah baikkan produk dan perkhidmatan kami;
- memberikan pada anda tahap perkhidmatan yang konsisten merentas syarikat-syarikat Kumpulan Hermès;
- memudahkan penjualan, penggabungan atau penyusunan semula Hermès dan/atau ahli yang lain di dalam Kumpulan syarikat Hermès;
- mempertahankan hak undang-undang atau kepentingan sah kami (contohnya, dalam prosiding undang-undang sivil atay jenayah);
- menyediakan maklumat kepada mana-mana mahkamah, badan undang-undang atau kawal selia di seluruh dunia apabila dikehendaki di sisi undang-undang., terutamanya bagi mematuhi kewajipan undang-undang dari segi “cosmetovigilance”, pencegahan dan penentangan terhadap penipuan pembayaran, pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.
Dengan persetujuan anda terlebih dahulu (biasanya diperoleh dengan menandakan kotak tertentu), anda mungkin akan menerima maklumat mengenai tawaran, perkhidmatan, produk atau acara daripada Hermès dan / atau syarikat-syarikat Kumpulan Hermès yang lain (“Promosi Komunikasi”). Dalam kes sedemikian, anda juga bersetuju bahawa maklumat perhubungan anda akan dikongsi dengan syarikat-syarikat Kumpulan Hermès yang lain untuk tujuan tersebut. Sila melayari http://finance.hermes.com untuk maklumat mengenai syarikat-syarikat Kumpulan Hermès.
Kami bergantung kepada persetujuan anda untuk memproses data peribadi yang diberi oleh anda kepada kami untuk tujuan tersebut. Oleh itu, jika anda tidak lagi ingin menerima maklumat ini, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa (lihat di bawah "Apakah hak yang anda mempunyai terhadap data peribadi anda sendiri?").
Kami mungkin meminta anda mengesahkan atau mengemaskinikan keutamaan anda mengenai Promosi Komunikasi jika anda mengarahkan kami menyediakan produk-produk seterusnya dan/atau perkhidmatan pada masa akan datang, atau jika terdapat perubahan dalam undang-undang, peraturan, atau struktur perniagaan kami.
Data peribadi anda hanya diproses untuk tempoh yang diperlukan bagi memenuhi tujuan di mana data peribadi tersebut dikumpulkan, mematuhi kewajipan undang-undang dan pengawalseliaan dan untuk tempoh yang diperlukan untuk mewujudkan, menjalankan atau mempertahankan sebarang hak undang-undang.
Untuk menentukan tempoh penyimpanan yang paling sesuai untuk data peribadi anda, kami telah mempertimbangkan, secara khususnya, jumlah, sifat dan sensitifnya data peribadi anda, sebab-sebab kami mengumpul data peribadi anda, perkhidmatan yang anda berhak dan mengharapkan daripada kami bersama dengan keperluan undang-undang yang terpakai. Sebagai contoh:
- Berkenaan dengan prospek kami (pelanggan berpotensi): data anda akan disimpan selama tiga tahun dari tindakan terakhir anda dan kemudian dipadamkan atau diarkibkan untuk mematuhi mana-mana kewajipan penyimpanan undang-undang yang sah.
- Berkenaan dengan pelanggan kami: data anda akan disimpan sepanjang tempoh transaksi komersial antara anda dengan kita dan selama sepuluh tahun selepas berakhirnya atau tamatnya hubungan komersial kami, dankemudiannya, ia akan dipadamkan atau diarkibkan bagi mematuhi mana-mana kewajipan penyimpanan undang-undang yang sah.
- Berkenaan dengan kuki yang digguna di Platform Digital: ia akan disimpan selama 13 bulan dari hari ia dipasang di peranti anda.
Kami hanya akan menzahir data peribadi anda kepada pihak-pihak yang akan dinyatakan di perenggan seterusnya dan untuk sebab-sebab berikut:
Kami menzahir data peribadi anda kepada kakitangan Hermès yang memerlu akses ke data peribadi anda dan yang mempunyai izin untuk memproses data peribadi tersebut untuk mencapai tujuan yang dinyatakan serta yang komitted terhadap kerahsiaan.
Kami mungkin menzahir data peribadi anda kepada syarikat-syarikat Kumpulan Hermès, bahagian-bahagian yang bertanggungjawab dalam perhubungan pelanggan, runcit, e-dagang, komunikasi, urusan undang-undang, kewangan, audit dalaman pengurusan IT dan keselamatan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Polisi Privasi kami dan untuk memberikan anda tahap perkhidmatan yang konsisten merentas semua syarikat Kumpulan Hermès. Ini mungkin termasuk memberi anda produk dan perkhidmatan yang anda minta, meningkatkan perkhidmatan yang disediakan dan - dengan persetujuan anda - menghantar Promosi Komunikasi mengenai tawaran, perkhidmatan, produk atau acara kepada anda (untuk tujuan itu, anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa - lihat bahagian " Apakah hak yang anda mempunyai terhadap data peribadi anda sendiri?" di bawah).
Sebagai sebahagian daripada kepentingan sah kami untuk melawan penipuan melalui kaedah pembayaran, Hermès International, bertindak sebagai pengawal data, boleh menghantar maklumat kewangan anda kepada pembekal perkhidmatan luaran yang mempunyai alat pengesan penipuan bagi tujuan pengesahan pembayaran. Pembekal perkhidmatan tersebut berkomited terhadap kerahsiaan.
Syarikat-syarikat Kumpulan Hermès berada di seluruh dunia. Akibatnya, data peribadi boleh dipindahkan ke luar negara. Ini termasuk pemindahan ke negara-negara di luar Kesatuan Eropah ("EU") dan ke negara-negara yang tidak mempunyai undang-undang yang menyediakan perlindungan yang cukup untuk data peribadi menurut Suruhanjaya Eropah.
Untuk memastikan pemindahan data secara sah, Kumpulan Hermès telah melaksanakan Peraturan Korporat Mengikat (Binding Corporate Rules "BCRs") untuk membolehkan syarikat-syarikat Kumpulan Hermes memindahkan data peribadi dari Kawasan Ekonomi Eropah ("EEA") ke syarikat-syarikat Kumpulan Hermès lain yang berada di luar EEA selaras dengan undang-undang perlindungan data Eropah. BCR ini telah diluluskan oleh pihak berkuasa perlindungan data Eropah. Untuk maklumat lanjut mengenai BCR Kumpulan Hermès, sila melayar web Hermes.com.
Bagi negara di mana BCR tidak diiktiraf sepenuhnya sebagai mekanisma yang mencukupi (adequate mechanism), pemindahan akan dibuat berdasarkan klausa kontrak yang sesuai dan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perlindungan data. Untuk mendapatkan satu salinan perlindungan yang mencukupi (adequate safeguard), anda boleh memintanya daripada kami (lihat di bawah "Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami"). Sila melayar http://finance.hermes.com untuk maklumat lanjut mengenai syarikat-syarikat Kumpulan Hermès.
Kami juga boleh menzahir data peribadi kepada pembekal pihak ketiga yang bertindak bagi pihak Hermès dan yang dilulus oleh Hermès.
Semua pemprosesan sedemikian adalah didasarkan arahan terdahulu yang dinyatakan dalam kontrak mengikat (binding contract) yang mematuhi kehendak undang-undang yang berkenaan. Penzahiran tersebut dibuat untuk tujuan yang berlainan termasuk:
- Pembangunan dan penyokongan IT;
- Hosting dan menjalankan kajian pemasaran dan perniagaan dan kempen pemasaran;
- Mengesahkan maklumat anda, mengesahkan bayaran dan memproses pesanan dan bayaran, kepada pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan kredit pelaporan, pembayaran atau pemenuhan pesanan;
- Perkhidmatan penghantaran;
- Perkhidmatan pengurusan kualiti data (standardisasi (standardization), deduplikasi (deduplication))
Pembekal tersebut komited terhadap kerahsiaan dan tidak dibenarkan untuk menggunakan data peribadi anda untuk sebarang tujuan lain. Kami juga memerlukan mereka untuk menggunakan langkah-langkah keselamatan yang sesuai untuk melindungi data peribadi anda.
Sebahagian daripada pembekal perkhidmatan tersebut terletak di luar negara anda, terutamanya di luar EU. Kami telah mengambil langkah untuk memastikan semua data peribadi disediakan dengan tahap perlindungan yang mencukupi dan semua pemindahan data peribadi, termasuk di luar EU, dilakukan secara sah. Di mana kami memindahkan data peribadi dari kawasan luar EU ke negara yang tidak ditentukan oleh Suruhanjaya Eropah bahawa ia berupaya menyediakan tahap perlindungan yang mencukupi untuk data peribadi, pindahan tersebut akan mengikut perjanjian yang meliputi keperluan EU untuk pemindahan data peribadi di kawasan luar EU, seperti fasal kontrak standard yang dilulus oleh Suruhanjaya Eropah, atau di bawah perlindungan lain yang sesuai.
Untuk mendapatkan satu salinan perlindungan yang mencukupi, anda boleh menghantar permintaan anda menggunakan butiran di bahagian “Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami?” di bawah.
Kami mungkin dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, atau untuk tujuan bertindak balas terhadap prosiding undang-undang atau permintaan lain yang sah untuk menzahir data peribadi anda kepada pihak berkuasa atau pihak ketiga.
Kami juga boleh menzahir atau memproses data peribadi anda, mengikut undang-undang yang terpakai, untuk mempertahankan kepentingan sah kami (legitimate interest) (misalnya, dalam prosiding undang-undang sivil atau jenayah). Sebagai contoh, kami mungkin mengzahir data peribadi tersebut untuk mengenal pasti, menghubungi atau membawa tindakan undang-undang terhadap seseorang atau entiti yang mungkin melanggar Terma dan Syarat Jualan dan Penggunaan kami, atau yang mungkin menyebabkan kecederaan atau mengganggu pengguna Platform Digital yang lain kami.
Jika Hermès atau syarikat Kumpulan Hermès, atau kesemua atau sebahagian harta sesebuah syarikat atau mereka, diperolehi oleh pihak ketiga, data peribadi anda mungkin dimasukkan ke dalam aset-aset yang dipindahkan.
Semua data peribadi anda adalah sulit dan hanya boleh diakses, berdasarkan keperluan yang perlu (need-to-know basis), oleh kakitangan Hermès dan entiti lain dari kumpulan Hermès yang diberi kuasa dan pembekal pihak ketiga yang bertindak bagi pihak kami dan mempunyai perlindungan teknikal dan organisasi yang sesuai.
Kumpulan Hermès telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk melindungi data peribadi anda daripada akses dan penggunaan yang tidak diizinkan (unauthorized). Kami mengikuti prosedur keselamatan yang sesuai dalam penyimpanan dan penzahiran data peribadi anda untuk mengelakkan akses yang tidak diizinkan oleh pihak ketiga dan untuk menghalang data anda daripada hilang secara tidak sengaja. Kami mengehadkan mereka yang mengakses data peribadi anda kepada mereka yang mempunyai keperluaan perniagaan (business needs) untuk mengaksesnya. Mereka yang mengakses data anda adalah tertakluk kepada kewajipan kerahsiaan terhadap Hermès.
Kami juga mempunyai prosedur untuk menangani sebarang pensyakian pelanggaran keselamatan data (suspected data security breach). Kami akan memaklumkan anda dan mana-mana pengawal selia yang berkaitan dengan pelanggaran keselamatan data tersebut sekiranya kami diwajibkan untuk berbuat demikian.
Kami juga memerlukan pihak-pihak yang kami memindahkan data peribadi anda kepadanya untuk mematuhi yang sama. Walau bagaimanapun, malangnya, penghantaran maklumat melalui internet adalah tidak sepenuhnya selamat. Jadi, kami tidak dapat memastikan keselamatan data peribadi anda yang dihantar oleh anda kepada kami melalui internet. Sebarang penghantaran sedemikian adalah di risiko anda sendiri dan anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak akan bertanggungjawab terhadap penggunaan, pengedaran, kerosakan atau pemusnahan Maklumat Anda, kecuali dan setakat mana kami dikehendaki menerima tanggungjawab tersebut di bawah undang-undang. Setelah kami menerima data peribadi anda, kami akan mengambil langkah-langkah keselamatan di atas.
Selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan, anda boleh, pada bila-bila masa, meminta akses, membetul, memadam dan memudah alih data peribadi anda atau menyekat dan membantah pemprosesan data peribadi anda. Ringkasan hak-hak ini adalah seperti di bawah:
Hak akses anda: hak untuk dibekalkan sesalinan data peribadi anda.
Hak untuk membetulkan data peribadi: hak untuk meminta kami membetulkan mana-mana kesilapan di data anda atau melengkapkan maklumat anda.
Hak untuk dilupakan: hak untuk meminta kami memadamkan data peribadi anda – dalam keadaan tertentu.
Hak untuk menyekat pemprosesan: hak untuk meminta kami menyekatkan pemprosesan data peribadi anda – dalam keadaan tertentu, contohnya, sekiranya anda mencabar ketepatannya.
Hak untuk memindah ahli (jika berkenaan): hak untuk menerima maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami, dalam format yang struktur, biasa digunakan dan yang boleh dibaca oleh mesin (machine-readable) dan/atau menghantar data tersebut kepada pihak ketiga – dalam keadaan tertentu.
Hak untuk membantah pemprosesan: hak untuk membantah:
- Pada bila-bila masa, data peribadi yang diproses untuk pemasaran langsung;
- Dalam keadaan tertentu, pemprosesan yang berterusan oleh kami,
Apabila pemprosesan data peribada anda adalah berdasarkan persetujuan anda, anda boleh pada bila-bila masa memutus untuk menarik balik persetujuan tersebut. Sekiranya persetujuan anda ditarik balik, ia tidak akan memberi kesan terhadap pemprosesan data peribadi anda berdasarkan asas undang-undang yang lain, seperti memenuhi pesanan anda dan menyimpan data pesanan anda seperti yang diperlukan di dalam undang-undang yang terpakai.
Jika anda tidak lagi ingin menerima maklumat pemasaran/promosi kami, kami mengingatkan anda bahawa anda boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa melalui pautan berhenti melanggan yang disertakan dalam setiap mesej promosi elektronik yang kami hantar kepada anda. Sekiranya anda berbuat demikian, kami akan segera mengemaskini pangkalan data kami, dan akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memenuhi permintaan anda secepat yang mungkin.
Anda juga berhak membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda jika berlaku pelanggaran peraturan perlindungan data yang terpakai kepada anda.
Untuk melaksanakan mana-mana hak yang dinyatakan di atas, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat perhubungan di bawah (lihat "Bagaimanakah anda boleh menghubungi kami").
Sila ambil perhatian bahawa apabila mana-mana hak yang disenaraikan di atas dilaksanakan, anda akan diminta untuk memberitahu kami hak manakah yang anda ingin melaksanakan dan anda akan diminta untuk memberikan maklumat (salinan kad pengenalan, pasport atau identiti yang diiktiraf di sisi undang-undang) untuk tujuan pengenalan supaya kami boleh memproses permintaan anda dan melindungi anda daripada permintaan tanpa izin daripada pihak ketiga.
Untuk isu yang berkaitan dengan akaun anda, penarik balik persetujuan anda, pertanyaan soalan yang umum atau membuat aduan, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami:
- Melalui e-mel: service.my@hermes.com
- Melalui telefon: 1800 819255
Untuk isu yang berkaitan dengan Komunikasi Promosi, kami mengingatkan anda bahawa anda boleh, pada bila-bila masa, berhenti melanggan melalui pautan "berhenti berlangganan" di dalam mana-mana mesej promosi elektronik yang kami hantar kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai Polisi Privasi kami atau cara kami memproses data, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kumpulan kami di: privacy@hermes.com.
Polisi Privasi kami mencerminkan amalan semasa kami, dan ia adalah tertakluk kepada perubahan dan pengemaskinian dari semasa ke semasa. Apabila kami menyiarkan perubahan kepada Polisi Privasi kami, kami akan mengubahsuai "Tarikh Berkuatkuasa" di bahagian atas dokumen ini untuk menunjukkan tarikh dokumen yang diubahsuai tersebut dikuatkuasa.
Jika perubahan terhadap Polisi Privasi adalah material, kami akan memaklumkan anda melalui notis mengenai perubahan kepadanya dan menyatakannya pada bahagian permulaan Polisi Privasi ini dan di laman web "Hermes.com".
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi lain Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Contact us
The answer to your question can certainly be found in the FAQs
You can also contact us outside public holidays:
Whatsapp Malaysia +65 6933 3206 Monday to Saturday 09:00 am - 09:00 pm, Sunday 12:00 pm - 09:00 pm :