Terma dan Syarat Pengunaan Am
Last updated
Monday, February 24, 2025Terma dan Syarat Pengunaan Am
Laman web Hermes.com/mal/en diterbitkan dan dikendalikan oleh HERMÈS SELLIER, sebuah anak syarikat HERMÈS INTERNATIONAL SCA. HERMÈS INTERNATIONAL SCA dan anak syarikat yang dimiliki secara langsung atau tidak langsung adalah sebahagian daripada kumpulan Hermès (“Kumpulan Hermès”). HERMÈS E-MESA adalah anak syarikat yang dimiliki oleh HERMÈS INTERNATIONAL secara tidak langsung dan mempunyai pejabat berdaftar di 1 Marina Boulevard 28-00 Singapura 018989, dan juga merupakan sebahagian daripada Kumpulan Hermès. HERMÈS SELLIER memberi hak kepada HERMÈS E-MESA PTE LTD (“Hermès”, “kami” atau “kita”) untuk menjual pilihan produk Hermès melalui Internet.
1.1. Penggunaan laman web Hermes.com/my/en (“Laman”), penggunaan mana-mana perkhidmatan yang terdapat di Laman ini ("Perkhidmatan"), pembelian mana-mana produk yang ditawarkan di Laman ini, dan perhubungan anda dengan Hermès adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat Penggunaan Am Laman in (“Terma dan Syarat Peggunaan”). Penggunaan Laman ini merupakan (i) pengakuan anda yang anda telah baca, fahami dan terima tanpa syarat Terma dan Syarat Penggunaan ini dan (ii) persetujuan anda terhadap terma Dasar Privasi Laman ini (selaras Bahagian 2 – "Keselamatan dan Data Peribadi").
1.2. Laman ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh orang belum dewasa. Dengan mengakses dan / atau mengguna Laman dan / atau mana-mana Perkhidmatan di Laman ini, anda menjamin bahawa anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Jika pada bila-bila masa diketahui bahawa anda tidak berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, kami berhak untuk menutup atau menggantung mana-mana akaun pengguna yang didaftar oleh anda tanpa sebarang liabiliti kepada anda.
1.3. Kami berhak untuk meminda Terma dan Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi pada bila-bila masa. Terma dan Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi pada masa anda akses dan / atau mengguna Laman atau mana-mana Perkhidmatan adalah yang terpakai kepada anda. Sebarang pindaan akan diterbitkan di Laman ini dan dengan mengakses dan / atau menggunakan Laman atau mana-mana Perkhidmatan secara berterusan, anda dianggap telah bersetuju untuk diikat oleh Terma dan Syarat Penggunaan dan Dasar Privasi yang dipinda tersebut. Sekiranya anda tidak mahu menerima Terma dan Syarat Penggunaan atau Dasar Privasi yang dipinda, anda tidak harus mengakses dan / atau mengguna Laman atau mana-mana Perkhidmatan. Kami menasihatkan anda supaya sentiasa dimaklumkan mengenai terma dan syarat yang terpakai.
1.4. Anda boleh melihat versi Terma dan Syarat Penggunaan atau Dasar Privasi yang terpakai pada bila-bila masa dengan mengklik pautan "perkhidmatan pelanggan".
1.5. Terma-terma tambahan mungkin terpakai untuk Perkhidmatan dan bahagian atau ciri-ciri tertentu di Laman, di mana semua termanya, kecuali dinyatakan sebaliknya dalam terma tersebut, akan dimasukkan ke dalam Terma dan Syarat Penggunaan dengan rujukan. Di samping itu, Perkhidmatan tertentu mungkin disertakan dengan terma pelesenan atau terma perkhidmatan mereka sendiri (mengikut mana-mana yang berkenaan). Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Terma dan Syarat Penggunaan dan terma-terma tersebut, terma-terma Terma dan Syarat Penggunaan akan terpakai.
2.1. Dasar Privasi Hermes.com/my/en ("Dasar Privasi") mentabir penggunaan apa-apa maklumat peribadi yang anda bersetuju untuk memberi kepada kami di Laman ini. Kami mungkin mengubah atau meminda Dasar Privasi pada bila-bila masa seperti yang diperuntukkan dalam Dasar Privasi.
2.2. Anda menjamin dan merepresentasi bahawa semua maklumat yang dihantar melalui Laman adalah tepat, lengkap dan terkini dan tidak mengelirukan. Di mana anda menghantar maklumat melalui Laman ini, anda akan dianggap telah bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, penzahiran, pengurusan dan pemindahan semua maklumat tersebut mengikut cara yang dijelaskan dalam Dasar Privasi.
3.1. Dalam menggunakan Laman dan mana-mana Perkhidmatan, anda bersetuju dan berjanji untuk tidak:
(a) meniru mana-mana orang atau pihak atau mengisytihar, memutarbelit atau menyalah nyata hubungan anda dengan mana-mana orang atau pihak secara palsu;
(b) menggunakan Laman atau mana-mana Perkhidmatan untuk tujuan yang menyalahi undang-undang atau yang merupakan kesalahan jenayah;
(c) menyebar apa-apa bahan yang menyalahi undang-undang, mengganggu, menfitnah, kesat, mengancam, berbahaya, kasar, lucah, tidak senonoh, melancung, menipu, mencuri atau yang tidak boleh diterima.
(d) menghantar bahan yang menggalakkan kelakuan yang merupakan kesalahan jenayah, atau melanggar mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, atau kod-kod amalan yang berkenaan;
(e) menggalak atau menghantar, atau mengguna apa-apa bahan perisian yang mengandungi atau boleh mempromosi atau menghantar, virus atau kod atau data yang berbahaya atau yang merosak secara teknologi (technologically damaging) ;
(f) melanggar mana-mana hak proprietari orang lain (termasuk tetapi tidak terhad membuat, menghantar atau menyimpan salinan bahan elektronik yang dilindungi oleh hak harta intelektual tanpa kebenaran pemilik);
(g) menghantar atau mempromosi sebarang bahan tanpa kebenaran untuk tujuan pengiklanan atau sebaliknya;
(h) cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran ke atau sebaliknya mengganggu prestasi, operasi atau fungsi mana-mana kemudahan komputer dan / atau akses melalui Laman;
(i) mengganggu pengalaman orang lain di Laman ini atau mana-mana Perkhidmatan; atau
(j) menggunakan Laman ini dengan tidak mematuhi dasar penggunaan yang diterima dari mana-mana rangkaian komputer yang berkaitan dan mana-mana piawaian internet yang berkenaan.
3.2. Kami berhak, tetapi tidak mempunyai kewajipan, untuk:
(a) memeriksa, mengulas dan / atau mengawal apa-apa aktiviti, kandungan atau maklumat yang berlaku di atau melalui Laman dan mana-mana Perkhidmatan;
(b) menyiasat apa-apa pelanggaran terhadap Terma dan Syarat Penggunaan dan mengambil apa-apa tindakan yang sesuai selepas itu;
(c) melapor apa-apa aktiviti yang mencurigakan mengenai kemungkinan pelanggaran mana-mana undang-undang, statut atau peraturan yang berkenaan kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tersebut;
(d) meminta, pada bila-bila masa, apa-apa maklumat yang berkaitan dengan penggunaan Laman anda dan mana-mana Perkhidmatan, [dan menggantung atau menutup akaun pengguna anda] jika kami mempunyai sebab untuk mengesyaki anda memberi maklumat yang salah, dengan tidak jujur atau palsu, atau jika anda enggan menzahir maklumat yang diperlu untuk penggunaan berterusan dalam Laman dan mana-mana Perkhidmatan; dan / atau
(e) menggantung atau menutup mana-mana akaun pengguna yang didaftar oleh anda mengikut budi bicara kami (termasuk jika anda melanggar sebarang tanggungjawab anda di bawah Terma dan Syarat Penggunaan ini).
4.1. Semua bahan yang dipaparkan di Laman ini (lukisan, reka bentuk, model, ilustrasi, imej, trek bunyi, teks, logo, tanda dagangan ...) adalah harta eksklusif Kumpulan Hermès. Anda tidak boleh menghasilkan semula, dengan apa cara atau proses, sama sekali atau sebahagiannya, mengedarkan, menyiarkan, menghantar, membuat karya terbitan berdasarkan, mengubahsuai atau menjual apa-apa bahan yang terkandung di Laman ini.
4.2. Tanda dagangan " Hermès ", tanda dagangan peranti kuda (horse) dan kereta (carriage) dan semua tanda dagangan dan logo yang berkaitan dengan Hermès, sama ada atau tidak didaftarkan, yang dipaparkan di laman web Hermes.com/my/en, serta nama domain "Hermes. com "adalah dan akan kekal sebagai harta eksklusif Kumpulan Hermès. Sebarangmenghasilan semula, pengedaran, penghantaran, pengubahsuaian atau penggunaan tanda dagangan ini untuk apa-apa jua tujuan sekalipun tanpa persetujuan terlebihterdahulu dan nyata oleh mana-mana entiti Kumpulan Hermès adalah dilarang.
4.3. Anda tidak boleh mengalih keluar apa-apa hak cipta, tanda dagangan atau notis harta (proprietary notice) lain yang terkandung di Laman atau apa-apa kandungan yang terkandung di dalamnya. Anda boleh membuat satu salinan halaman laman web yang diterbitkan di Laman untuk penggunaan peribadi dan bukan komersil, dengan syarat bahawa mana-mana salinan halaman web sedemikian akan mengekalkan semua hak cipta dan notisharta yang terkandung di dalamnya.
5.1. Laman web Hermes.com/my/en mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga yang tidak diterbit atau dikawal oleh kami. Pautan sedemikian disediakan sebagai kemudahan sahaja dan tidak akan, dan tidak boleh ditafsirkan sebagai, sokongan (endorsement) yang nyata atau tersirat dari Laman tersebut, kandungantersebut atau sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan di dalamnya.
5.2. Anda hanya boleh memberi pautan ke Laman ini jika dibenarkan secara nyata dan bertulis oleh kami.
Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga atas apa-apa ganti rugi, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa ganti rugi langsung, tidak langsung, bersampingan (incidental), istimewa (special), ganti rugi punitif atau berbangkit (consequential), atau ganti rugi kerana kehilangan penggunaan, keuntungan, data atau bahan lain-lain yang tidak ketara (intangible), kerosakan nama baik atau reputasi, atau kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian, akibat daripada atau berkaitan dengan penggunaan anda, ketidakupayaan untuk menggunakan, prestasi atau kegagalan Laman, tanpa mengira sama ada ganti rugi sedemikian dijangka atau timbul dalam kontrak, tort, ekuiti, restitusi, statut, undang-undang umum atau sebaliknya. Ini termasuk apa-apa kerugian sekalipun yang timbul disebabkan secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan (a) apa-apa akses, penggunaan dan / atau ketidakupayaan untuk mengakses dan / atau menggunakan Laman atau mana-mana Perkhidmatan; (b) kepergantungan terhadap apa-apa bahan atau maklumat yang disediakan melalui Laman atau mana-mana Perkhidmatan; atau (c) apa-apa kegagalan sistem, pelayan atau sambungan, kesilapan, peninggalan, gangguan, kelewatan penghantaran, virus komputer atau kod yang berbahaya dan merosakkan, program ejen atau makro; walaupun kami atau pegawai atau ejen atau pekerja kami mungkin telah dinasihati, atau mungkin telah menjangka, kemungkinan yang sama. Batasan liabiliti ini akan terpakai setakat yang dibenarkan oleh undang-undang
7.1. Kami tidak memberi waranti atau menrepresentasi:
(a) bahawa Laman atau mana-mana Perkhidmatan akan memenuhi keperluan anda;
(b) bahawa Laman, Perkhidmatan atau apa-apa bahan atau maklumat yang diperoleh melalui akses dan / atau penggunaan Laman atau Perkhidmatan ini bebas dari virus, program penimbasan data (data overwriting programs), kuda trojan (trojan horses) atau bahan pemusnah lain;
(c) ketepatan masa (timeliness), kecukupan (adequacy) atau nilai komersial maklumat yang terkandung di Laman ini, atau maklumat tersebut adalah tepat, lengkap atau terkini;
(d) bahawa Laman, Perkhidmatan atau apa-apa bahan atau maklumat yang diperoleh melalui akses dan / atau penggunaan Laman atau Perkhidmatan ini akan disediakan tanpa gangguan, selamat atau bebas daripada kesilapan atau ketinggalan; dan
7.2. Laman ini mungkin mengandungi ketidaktepatan teknikal atau kerosakan lain dan kami tidak menjamin bahawa kerosakan tersebut akan diperbetulkan. Laman ini dan isinya disediakan berdasarkan asas "sebagaimana adanya" (as is) dan "tersedia" (as available). Kami dengan jelas menafikan semua waranti apa-apa jenis, termasuk tanpa had, apa-apa waranti tersirat mengenai syarat-syarat biasa penggunaan Laman atau kecukupan Laman untuk penggunaan biasa atau khusus, kualiti atau pematuhannya dengan semua peruntukan berkanun. Batasan liabiliti ini akan terpakai setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
Anda bersetuju untuk memampas rugi kami, syarikat-syarikat berkaitan dengan kami, dan para pengarah, pegawai, pekerja dan ejen syarikat-syarikat berkaitan dengan kami (secara kolektif, "Pihak yang Dipampas"), dan membebaskan Pihak yang Dipampas daripada dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, saman, prosiding, ganti rugi, obligasi, kerugian, liabiliti, kos, penalti atau perbelanjaan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, bayaran guaman yang ditanggung oleh kami atas dasar pampasan rugi penuh (full indemnity basis)) daripada apa jua keadaan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh kami akibat daripada atau berkaitan dengan (a) akses dan / atau penggunaan Laman dan / atau Perkhidmatan anda; (b) apa-apa pelanggaran oleh anda daripada Terma dan Syarat Penggunaan ini atau apa-apa terma lain yang mungkin dikeluarkan dari semasa ke semasa berkenaan dengan akses dan / atau penggunaan Laman dan / atau Perkhidmatan anda (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Dasar Privasi); dan (c) pelanggaran mana-mana hak pihak ketiga (termasuk apa-apa hak harta intelektual, harta atau hak privasi).
9.1. Terma dan Syarat Penggunaan ini akan mengikat (binding upon) dan memberi manfaat (inure) kepada kami dan anda, dan mana-mana pengganti dan penyerahhak yang dibenarkan oleh kami dan anda. Anda tidak boleh menyerahkan atau memindahkan sebarang hak, manfaat atau kewajipan anda di bawah Terma dan Syarat Penggunaan ini tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada kami. Tiada penyerahanhak boleh melegakan atau melepaskan anda daripada mana-mana kewajipan atau liabiliti anda di bawah ini, walaupun terdapatnya pengambilan ahli secara sukarela oleh pemegang serahhak terhadap kewajipan dan liabiliti tersebut.
9.2. Kami berhak, mengikut budi bicara kami, untuk mendelegasi atau subkontrak pelaksanaan mana-mana fungsi kami berkaitan dengan Laman, Perkhidmatan dan kewajipan kami di bawah Terma dan Syarat Penggunaan ini, dan kami mengekalkan (reserve) hak kami untuk mengguna mana-mana pembekal perkhidmatan, subkontraktor dan / atau ejen atas apa-apa terma yang kami anggap wajar.
Kecuali diperuntukkan selainnya di bawah Terma dan Syarat Penggunaan ini, peruntukan Terma dan Syarat Penggunaan dan hak dan remedi kami di bawah Terma dan Syarat Penggunaan ini adalah kumulatif dan tanpa prejudis dan sebagai tambahan kepada sebarang hak atau remedi yang mungkin kami ada di undang-undang atau ekuiti, dan ketidaklaksanaan oleh kami apa-apa hak atau remedi di bawah Terma dan Syarat Penggunaan ini, atau di sisi undang-undang atau ekuiti, akan (setakat, jika ada, secara nyata diperuntukkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan atau di sisi undang-undang atau dalam ekuiti) beroperasi untuk menghalang pelaksanaan apa-apa hak atau remedi lain seperti undang-undang atau ekuiti.
Tiada kegagalan di pihak kami untuk menjalankan, dan tiada kelewatan di pihak kami dalam melaksanakan, apa-apa hak atau remedi di bawah Terma dan Syarat Jualan akan beroperasi sebagai penepian, dan tiada mana-mana pelaksanaan tunggal atau sebahagian daripada mana-mana hak atau remedi akan menghalang pelaksanaan yang lain atau pelaksanaan yang lanjut daripadanya, atau pelaksanaan apa-apa hak atau remedi yang lain.
Sekiranya mana-mana terma atau syarat dalam Terma dan Syarat Penggunaan ini adalah atau pada bila-bila masa akan menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam apa-apa aspek, ketidaksahan, kepenyalahan undang-undangatau ketidakboleh dilaksanakan, tidak akan dengan apa-apa cara menjejaskan atau merosakkan (impair) apa-apa terma dan syarat lain dalam Terma dan Syarat Penggunaan ini, tetapi Terma dan Syarat Penggunaan ini akan ditafsirkan seolah-olah terma atau syarat yang tidak sah atau menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan tersebut tidak pernah dikandung di sini.
Tidak kira sama ada anda dan kami boleh, menurut Terma dan Syarat Penggunaan ini, dianggap sebagai rakan kongsi atau ejen antara satu sama lain, dan tidak ada apa pun yang terkandung di dalam ini dianggap sebagai mewujudkan perkongsian, persatuan (joint association) atau kepercayaan (trust) bersama, ia dipersetujui bahawa setiap pihak akan bertanggungjawab hanya terhadap kewajipan masing-masing di bawah Terma dan Syarat Penggunaan ini, dan tidak ada pihak yang diberi kuasa untuk mewakili atau mengikat pihak lain dengan mana-mana orang lain.
Selain daripada yang diperuntukkan secara nyata dalam Terma dan Syarat Penggunaan (termasuk di bawah Seksyen 8.2), seseorang yang bukan pihak kepada Terma dan Syarat Penggunaan ini tidak mempunyai hak untuk menguatkuasakan sebarang peruntukan Terma dan Syarat Pengunaan ini.
Terma dan Syarat Penggunaan ini menggantikan dan membatalkan semua perjanjian, jaminan dan akujanji sebelumnya, sama ada secara lisan atau bertulis, nyata atau tersirat, diberi atau dibuat oleh atau antara anda dan kami, dan merupakan keseluruhan perjanjian bertulis antara anda dan kami, berkenaan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di sini, dan tiada terma dan syarat lain yang boleh dimasukkan atau disiratkan.
16.1. Terma dan Syarat Penggunaan ini akan ditadbir dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia.
16.2. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan atau berhubung dengan pemakaian atau pentafsiran Terma dan Syarat Penggunaan ini, mana-mana pihak boleh melalui notis bertulis kepada pihak yang satu lagi, berjanji untuk menyelesaikan sebarang pertikaian dengan baik (amicably) dan dengan berniat baik (good faith) melalui perbincangan yang akan berlaku dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas penerimaan notis bertulis, kecuali jika pihak-pihak bersetuju untuk tempoh yang berlainan.
16.3. Sekiranya pihak-pihak gagal untuk menyelesaikan pertikaian dengan baik dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas permulaan perbincangan, mana-mana pihak boleh merujuk pertikaian tersebut kepada mahkamah Malaysia untuk penyelesaian, dan pihak-pihak bersetuju untuk mengemukakan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia berkenaan dengan pertikaian itu.
Nota: Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi lain Terma dan Syarat Pengunaan Am ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Contact us
The answer to your question can certainly be found in the FAQs
You can also contact us outside public holidays:
Whatsapp Malaysia +65 6933 3206 Monday to Saturday 09:00 am - 09:00 pm, Sunday 12:00 pm - 09:00 pm :